PROGRAM BAJU RAYA MTD

Hasil NUkilan Penghuni Sini BinTang RauDhah

Loading...

Monday, 6 July 2015

Notis PEMBERITAHUAN... !

Sila Hubungi Kami

Memandangkan blog ini jarang di dikemaskini.. 
Kepada mereka samada Pelawat, Pihak Berkuasa, NGO, Swasta mahupun persendirian yang ingin menyumbang atau berurusan dengan Pondok Penyayang Raudhah, sila berhubung dengan pihak kami yang sah..

Semenjak kebelakangan ini dari tahun 2014 sehingga sekarang Julai 2015, kami mendapat maklum balas dari mereka-mereka yang telah melawat pondok kami mengatakan bahawa ketika ingin berurusan dengan pihak Raudhah mereka telah berhubung dengan individu bernama Mak Mi @ Cik Mi @ Pn Amirah.. Individu ini mengatakan bahawa Pondok Penyayang Raudhah telah ditutup, tidak Berpenghuni, Tiada anak-anak yatim dan beberapa lagi kenyataan dengan niat yang buruk terhadap Warga Penyayang Raudhah.. 
Justeru dengan ini Pihak Pondok Penyayang Raudhah sekali lagi dengan TEGASNYA bahawa pihak kami tidak ada mana-mana staff seperti individu yang bernama di atas. Menurut beberapa sumber, individu ini mengatakan bahawa Pondok Penyayang Raudhah telah ditutup , lalu memberikan cadangan untuk berurusan terus dengannya kerana mengatakan bahawa beliau ada rumah anak yatim sendiri..
Sila Semak latar belakang mereka yang berurusan dengan anda.
Individu di atas menjalankan rumah anak yatim tanpa ada 
  1. Daftar Penubuhan Pendaftaran, 
  2. Tiada Surat kelulusan Jabatan Kebajikan Masyarakat,
  3. Sumbangan pula atas akaun peribadi, 
  4. Tidak ada premis sendiri dan berdaftar, 
  5. "Anak-anak yatim" yang berprogram pula merupakan anak-anak sekitar kampung yang diminta menjadi seperti anak yatim... Ujar beberapa maklumat dari mereka-mereka yang pernah berurusan dengan individu tersebut.
Tindakan telah diambil, termasuk menyiasat kesahihan maklumat, sekiranya bukti sudah mencukupi, laporan polis akan dibuat untuk tindakan selanjutnya..

Bagi sebarang urusan ...
Sila lawati terus ke Pondok Kami di alamat



Pondok Penyayang Raudhah,
No 336 Batu 11 Jalan Gombak,
53100 Kuala Lumpur, Selangor DE
@
Google Maps = " Pondok Penyayang Raudhah"


atau


Sila Hubungi


Pejabat : 0361852068
Ust Razmie : 0193050835
Pn Mahfuzah :016 9655393
En Husaini : 010 2443588