PROGRAM BAJU RAYA MTD

Hasil NUkilan Penghuni Sini BinTang RauDhah

Loading...

Wednesday, 27 June 2012

Rumah Anak yatim PONDOK PENYAYANG RAUDHAH

PONDOK PENYAYANG RAUDHAH

Assalamualaikum WBT... Pondok Penyayang Raudhah adalah sebuah rumah kebajikan yang terletak di alamat No 336 Batu 11 Jalan Gombak.. 
Di sini kami menempatkan anak-anak yang terdiri dari golongan fakir miskin, anak yatim, remaja- remaja yang bermasalah.
Pondok Penyayang Raudhah kini didiami seramai 75 orang penghuni terdiri dari penghuni di sini serta mereka-mereka yang memerlukan di sekitar kawasan Gombak Utara.. Pusat yang beroperasi sejak tahun 1985 ini telah di asaskan oleh Ustaz Mokhtaruddin Bin Hj Mohd saaid..
Pusat ini adalah menjurus kepada rumah perlindungan kini sedang berkembang dalam usaha meningkatkan mutu hidup anak-anak di sini serta penyebaran dakwah islam kepada semua golongan terutamanya Remaja

Persembahan Bintang Raudhah Live Show Di Hello On Two TV2

Program Berbuka Puasa bersama Star Point Hotel Jalan Masji India tahun 2011

Sebahagian wajah ceria anak-anak di sini

Lawatan pengunjung ke tempat kami

Program berbuka Puasa

Ustaz Mokhtaruddin memberi Kuliyyah

Bimbingan dan kaunseling
Berikut pula adalah gambar-gambar yang diambil sekitar kawasan Pondok Penyayang Raudhah


Pemandangan Luar Asrama Pelajar  Lelaki

Keadaan Tempat tidur lelaki

suasana suram dan panas ketika tengah hari

Kebocoran yang terdapat di bumbung asrama lelaki

Ruang tidur Bagi penghuni OKU

Bilk Air yang Kotor

Memerlukan sumbagan 

Memerlukan pengubahsuaian

Fasiliti yang tidak selamat kepada penghuni di sini

Keadaan bumbung pelajar perempuan

Tempat tidur bagi ibu tunggal

Bilik Air perempuan yang sering di naiki banjir lumpur

Selepas Banjir

Ruang Asrama Pelajar perempuan

Tempat letak simpan tilam dan selimut

Keadaan ruang bilik yang panas

Ruang menghala ke bilik belakang asrama

Tempat Simpan Pakaian

Ruang makan yang menyedihkan

Barang Stor yang berkurangan


Tempat memasak yang hampir dengan sungai

Keadaan stor yang daif

STor selepas dinaiki banjir

Ruang riadah penghuni di sini

Meja susun lauk dan Nasi

Pusat longgokan sampah yang perlu dibersihkan


Sebahagian barang yang musnah akibat banjir

Keadaan Stor untuk mencuci lumpur selepas banjir

dataran ruang berkumpul anak kecil di sini untuk bermain

Pintu masuk Asrama Lelaki

Longkang yang ingin di besarkan

banjir lumpur menutupi kawasan yang dahulunya adalah sebuah tasik kecil untuk ikan 

Ruang belajar yang sempit

Ruang mengaji


Tempat mengambil wudhu"

Ruang legar bagi anak-anak menonton TV

Ruang menunggu bagi pelawat

Sebahagian aktivi dakwah dengan kerjasama kumpulan Nasyid RAbbani


Bertempat di Batu 11 Gombak, bagi mereka-mereka yang ingin membuat sebarang sumbangan boleh menghubungi kami di ruangan info...

11 comments:

  1. Assalamualikum,
    Nama saya Muhammad Hussein Bin Nizam. Saya merupakan seorang pelajar Kerja Sosial di Universiti Kebangsaan Malaysia. Setelah melihat keadaan tempat ini, saya ingin membuat satu program Khidmat Masyarakat di sini. Adakah keadaan tempat ini masih lagi usang dan perlu dibaik pulih? Jika pihak tuan/puan berminat, sila hubungi saya, 01111330732.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam... maaf kerana tidak aktif memandangkan tiada orang yang cekap dan aktif untuk urusan blogger ni.. Semoga Allah menilai niat baik tuan dengan ganjaran syurga ...

      Delete
  2. Maaf, pondok penyayang Raudhah sudah tidak dipenghuni anak2 yatim lagi.
    Latest visit 7hb March 2015, kami hampir2 tertipu dgn pengasas pertubuhan ini. Mohon pihak yg berwajib menyiasat semula pertubuhan ini sebelum ramai lagi pihak yg tertipu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam... terima kasih atas komen yang membina ini... Sejujurnya.. tuan/puan membaca info yang telah dibuat pada Jun tahun 2012 dan memberi komen pula pada tahun 2015..
      Kami masih lagi menjaga anak-anak yatim walaupun jumlahnya tidaklah seramai pada tahun 2012.. Untuk pengetahuan.. Pengurusan Rumah Raudhah kini telah meluaskan ruang skopnya, tidak lagi tertumpu kepada penjagaan anak-anak yatim sahaja... Kita kini membuka ruang untuk golongan yang lain juga seperti Ibu Tunggal, Fakir Miskin, Anak-anak atau remaja yang bermasalah, Muallaf @ saudara baru dan juga kepada orang ramai yang ingin mendapatkan khidmat rawatan Islam secara tradisional...
      Sedia maklum, seiring dengan perkembangan semasa, isu anak yatim ini kini menjadi isu yang sangat sensatif dikalangan masyarakat Malaysia..
      jadi, tidak hairanlah mengapa banyak rumah-rumah yang menguruskan golongan anak yatim kini. Justeru itu kami berpendapat komentar anda mengandungi niat yang tidak baik terhadap pengurusan kami.. Buktikan secara undang-undang melalui firma perundangan ataupun melalui syarak di mana yang menjadikan anda telah ditipu oleh pengurusan kami.. Segala sumbangan yang dipohon adalah merupakan "option" ataupun pilihan kepada mereka yang ingin menderma.. Tidak ada paksaan, malah digalakkn pula untuk meninjau sendiri lokasi kami seperti yang tertera..
      maaf juga kerana blog ni lama menyepi kerana ketiadaan kaki tangan yang cekap dalam pengurusan hebahan Internet .. Blog ini pun diwujudkan sebagai tambahan untuk memudahkan mereka yang ingin beramal..
      Sebagai maklumat tambahan., Pondok Penyayang Raudhah kini dihuni seramai 65 orang termasuklah Anak yatim , Fakir miskin, Muallaf ,Kakitangan serta anak-anak dan juga ibu tunggal.. Jadi kami minta Tuan NM, janganlah menuduh dan mengeluarkan kenyataan secara membabi buta.. Berakhlaklah sebagaimana akhlaknya Rasulullah..
      sekiranya ada kesilapan , sila berikan teguran.. Sekiranya ada kesalahan, laporkan kepada Jabatan berwajib seperti Pihak Polis mahupun Jabatan Kebajikan Masyarakat..
      Tidak ada gunanya untuk meminta pihak berwajib mengambil tindakan melalui komentar anda di sini kerana kemungkinan besarnya komentar anda tidak akan dibaca melalui blog yang sepi seperti blog kami ini...
      Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi
      Ust Wan Razmie 01115644314
      Puan Mahfuzah 0169655393
      Puan Che Mah 0163037421
      Pejabat : 03 61852068

      Teruskan berakhlak seperti Rasulullah dan selamat menjalani ibadah di bulan Ramdhan

      Delete
  3. Assalam'mualaikum, nama saya ahmad raj bin abdullah, telah memeluk islam pada 11 march 2008, pada tahun 2014 saya telah jatuh dalam perniagaan sehingga kan status saya kini Bankcrupt C. pada suatu hari telah saya terjumpa dengan seorang ustaz. ustaz tersebut telah bawa saya ke Pondok Raudhah, saya juga kini salah seorang penghuni di raudhah, saya juga diberi didikan agama di raudhah oleh Ust. Mokhtaruddin,
    oleh itu berdasarkan statement NM ini saya meminta kemukakan laporan polis sekiranya kata kata nya benar. saya sendiri tahu apakah situasi sebenar di sini, senang cerita jangan buat FITNAH sebarangan dengan memburukan nama baik Pertubuhan Penyayang Raudhah ini. saya sebagai saudara baru ingin membantu Pondok Penyayang Raudhah, apatah lagi yang berketurunan islam, ingat MEMFITNAH itu dosanya lagi besar dari MEMBUNUH.
    JADI KITA SESAMA ISLAM JANGAN LAH FITNAH - MEMFITNAH, I
    Kalau ingin membantu Pihak Raudhah terima dengan hati terbuka, Kalau tak nak membantu jangan lah buat pelbagai fitnah. Kalau tak Puas Hati datanglah ke raudhah. dari mendengar kata-kata org elok datang sendiri dan lihatlah di mata sendiri.

    untuk maklumat lanjut tentang raudhah boleh terus menghubungi
    Rudhah - 03.6185.2068 @ 010.244.3588 @ 019.600.4403

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih .. Semoga saling bina membina , nasihat menasihati dan menjadi sebahagian dari penghuni Jannah kelak

      Delete
  4. Maaf, saya dan kawan2 ada pergi di Pondok Raudah pada 03.10.2015 dan kami sendiri melihat keadaan tempat ini yang memerlukan baik pulih malah anak2 yang ada disana gembira dpt gift berupa blanket dan sebagainya .. makan tengahari kami yg masak .. bagaimana awk boleh katakan tertipu?
    adakah awak masuk betul2 ke dalam kwsan pondok tersebut?

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum...kawan saya mempunyai beberapa helai baju kurung dan pakaian pernah digunakan tetapi masih lagi elok ...boleh kah kawan saya menderma pakaian begitu disini?

    ReplyDelete
  6. As salam..
    Sy dr tmn samudera...
    Sy b'niat utk sedekah'n pakaian & tudung wanita yg masih elok...(milik sy)...
    Ramai x penghuni wanita yg b'tubuh bdn kurus..sbb pakaian sy sesuai utk wanita kurus...
    Terima kasih...

    ReplyDelete
  7. Saya ada adik yg sakit skizofernia.Bolehkah saya hntr adik says berubat disini?krn ubat hospital tidak boleh membantu.Saya juga x berdaya lagi menjaganya sepenuh masa krn anak anak semua msh kecil
    Bagaimana utk saya hubungi pihak yg berkenaan.Hubungi saya zulifah Ibrahim.no HP:0123249370

    ReplyDelete
  8. Saya ada adik yg sakit skizofernia.Bolehkah saya hntr adik says berubat disini?krn ubat hospital tidak boleh membantu.Saya juga x berdaya lagi menjaganya sepenuh masa krn anak anak semua msh kecil
    Bagaimana utk saya hubungi pihak yg berkenaan.Hubungi saya zulifah Ibrahim.no HP:0123249370

    ReplyDelete